The Government of Brunei Darussalam

Pegenalan

 Organisasi

 Visi dan Misi

Penglibatan Domestik Dan Antarabangsa

Minyak Dan Gas: Aktiviti-Aktiviti Dan Peluang-Peluang

Siaran Akhbar

Arahan Tambahan

Soal Jawab Mengenai Peraturan Penjualan Produk Petroleum

Minyak dan Gas: Aktiviti-Aktiviti dan Peluang-Peluang


A. AKTIVITI-AKTIVITI 'UPSTREAM'

Kawansan-Kawasan Konsesi

Unit Petroleum bagi pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengawal dan mematai-matai kesemua aktiviti-aktiviti minyak dan gas yang dilaksanakan oleh pemegang-pemegang kawasan konsesi.

Dua pemegang konsesi utama di Brunei Darussalam yang sedang beroperasi pada masa ini adalah Syarikat Minyak Brunei Shell Sendirian Berhad (BSP) dan Total E & P Deep Offshore Borneo B.V. (Total). Syarikat BSP adalah sebuah syarikat yang dimiliki bersama oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Royal Dutch Shell. Manakala Total adalah ‘operator’ bagi kawasan Blok B yang di pegang oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Total dan Shell Deepwater Borneo.

Kawasan-Kawasan Terbuka

Kawasan Terbuka yang akan dipromosikan bagi pengerudian di masa akan datang termasuklah kawasan yang di kembalikan kepada Kerajaan Kebawah Duli oleh Syarikat BSP, kawasan di Temburong dan kawasan perairan Brunei sehingga 200 batu nautika di dalam kawasan Zon Ekonomi Eklusif Brunei.

 

 

Destinasi Ekspot Minyak Mentah

Pada tahun 2006, Indonesia merupakan destinasi utama export minyak mentah Brunei Darussalam, iaitu 28 peratus dari jumlah keseluruhan ekspot. Ini diikuti oleh Korea Selatan iaitu 17.7 peratus, Australia (16.9 peratus), USA (8.8 peratus), India (7.4 peratus), Jepun (7.3 peratus), New Zealand (4.7 peratus), China (3.3 peratus), Singapura (3.1 peratus) dan Thailand (2.8 peratus).

 

B. AKTIVITI-AKTIVITI HILIRAN

Kilang Penapisan Minyak

Kilang Penapisan Minyak Seria kepunyaan Syarikat Minyak Brunei Shell yang terletak di pekan minyak Seria, Daerah Belait mempunyai kapasiti pengeluaran 10,000 tong sehari bagi setiap 'Crude Distillation Unit' (CDV) dan Reformer. Kilang Penapisan minyak ini mengeluarkan produk-produk minyak kereta tanpa plumbum, diesel, Jet A1 dan Kerosene.

Logi Gas Cecair Asli

Gas asli yang dikeluarkan daripada padang-padang minyak Brunei diekspot sebagai gas cecair asli (LNG) kepada tiga pembeli daripada Jepun iaitu Tokyo Gas, Tokyo Electric dan Osaka Gas dan pembeli tunggal daripada Korea Selatan iaitu Korea Gas Corporation. Gas cecair asli berkenaan diproses di Logi LNG Syarikat Brunei LNG Sdn. Bhd. di Lumut, Seria. Pada tahun 2006, jumlah ekspot LNG ialah 217.8 ‘B-Class’ kargo.

 

 


|| Pengenalan | Organisasi | Visi dan Misi | Penglibatan Domestik Dan Antarabangsa | Minyak Dan Gas: Aktiviti-Aktiviti Dan Peluang-Peluang | Soal Jawab Mengenai Peraturan Penjualan Produk Petroleum | Maklumbalas ||

||
Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts ||