The Government of Brunei Darussalam

Pegenalan

 Organisasi

 Visi dan Misi

Penglibatan Domestik Dan Antarabangsa

Minyak Dan Gas: Aktiviti-Aktiviti Dan Peluang-Peluang

Siaran Akhbar

Arahan

Soal Jawab Mengenai Peraturan Penjualan Produk Petroleum

ARAHAN TAMBAHAN : III,  III,  1V


SIARAN AKHBAR

 

ARAHAN MENGENAI

PENJUALAN PRODUK-PRODUK MINYAK (PREMIUM 97, SUPER 92, REGULAR 85 DAN DIESEL)

 

  

Dalam usaha Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, untuk memastikan penjualan produk-produk minyak (Premium 97, Super 92, Regular 85 dan Diesel) adalah sentiasa terkawal, Bahagian Tenaga, Jabatan Perdana Menteri dengan ini memaklumkan kepada semua pemandu-pemandu dan pelanggan-pelanggan bahawa langkah-langkah berikut akan diambil dan dikuatkuasakan bermula pada 1 Januari 2006:

 

i.                 Setiap pembelian gasolin atau diesel secara pengisian langsung kepada tangki minyak kenderaan darat adalah dihadkan kepada satu tangki penuh sahaja dengan jumlah yang tidak melebihi 250 liter;

 

ii.                Setiap pembelian gasolin atau diesel secara pengisian ke dalam kontena, ianya hendaklah dengan menggunakan kontena yang telah diluluskan oleh Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sendirian Berhad (BSM) dengan had maksima tidak melebihi 100 liter. Pembelian ini hanya dibolehkan bagi pemegang-pemegang kad pengenalan Negara Brunei Darussalam sahaja;

 

iii.               Setiap pembelian gasolin atau diesel secara jumlah yang banyak (bulk) yang menggunakan dram atau tangki yang melebihi 100 liter, dihadkan kepada Syarikat-Syarikat tempatan yang berdaftar sahaja;

 

iv.               Setiap pembelian diesel di stesen-stesen minyak perairan oleh kapal-kapal laut tempatan hendaklah tidak melebihi 1,000 liter. Pembelian ini hanya di bolehkan bagi pemegang kad pengenalan Negara Brunei Darussalam sahaja; dan

 

v.                Kapal-kapal laut dengan pendaftaran luar negeri dan kapal-kapal tempatan yang terlibat dalam bisnes pengangkutan dan feri dikehendaki membeli diesel secara langsung daripada fasiliti komersial bunkering BSM.

 

Langkah-langkah ini akan di kaji dari masa ke semasa.

 

Untuk mendapatkan makluman tambahan mengenai langkah-langkah ini, sila hubungi talian-talian telepon nombor 2387109 / 2387110 atau website www.up.gov.bn / www.petroleum-unit.gov.bn.

 

 

Dikeluarkan oleh:       Bahagian Tenaga, Jabatan Perdana Menteri,

                                Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.

 

Dikeluarkan pada:      26 Zulkaedah 1426 / 28 Disember 2005

 

 


|| Pengenalan | Organisasi | Visi dan Misi | Penglibatan Domestik Dan Antarabangsa | Minyak Dan Gas: Aktiviti-Aktiviti Dan Peluang-Peluang | Soal Jawab Mengenai Peraturan Penjualan Produk Petroleum | Maklumbalas ||

||
Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts ||