ARAHAN
ARAHAN TAMBAHAN : I,
II, III,
1V
ARAHAN TAMBAHAN (I) MENGENAI PENJUALAN DIESEL DAN MOTOR GASOLIN
PREMIUM 97 BAGI KENDERAAN DAN KAPAL LAUT YANG TIDAK BERDAFTAR DI
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
DIESEL dan
GASOLIN adalah produk minyak yang diberikan subsidi dan merupakan
produk yang pengeksportannya terhad di bawah Perintah Kastam (Larangan
dan Sekatan ke atas Import dan Export).
Dalam usaha
Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan
Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk memastikan penjualan
produk-produk minyak adalah sentiasa terkawal, Bahagian Tenaga
Jabatan Perdana Menteri dengan ini memaklumkan langkah-langkah yang
akan dikuatkuasakan mulai pada hari 1hb Oktober 2007:
1. Kenderaan
dan kapal laut yang bukan berdaftar di Negara Brunei Darussalam akan
hanya dibenarkan membeli di stesen-stesen minyak yang ditetapkan
dengan jumlah seperti berikut:
-
DIESEL
sebanyak jumlah maksima BND$6 sehari; dan
-
MOTOR
GASOLIN PREMIUM 97 sebanyak jumlah maksima BND$10 sehari;
dan
2. Penjualan
bagi MOTOR GASOLIN REGULAR 85 dan MOTOR GASOLIN SUPER 92 tidak
dibenarkan bagi kenderaan dan kapal laut yang tidak berdaftar di
Negara Brunei Darussalam.
Dikeluarkan oleh:
Bahagian Tenaga, Jabatan Perdana Menteri,
Bandar Seri Begawan,
NEGARA BRUNEI
DARUSSALAM
Tarikh
dikeluarkan: 1hb Oktober 2007